Total Pageviews

Saturday, January 28, 2012

UNTUK BACAAN ORANG YANG TAKDE HARAPAN KURUS.

entry arini ditulis sebab mase ni aku tengah berangan nak jadi kurus...tp baru je habis sebungkus nasik berlauk..haha..membe membe aku pulak pakat try macam2 jenis ubat untuk kurus...takpelah lepas sebulan cuti ni masing2 nak tunjuk hasil kekurusan masing2...aku banyak kali gak rase macam dah kurus sikit..lepas excersice mesti gi tengok cermin..haha..perasan kan? tapi hasilnye masih maintain gemuk..haha

jadi tadi aku merajinkan diri untuk menggoogle dan aku mendapati bahawa aku bukanlah gemuk mana pun sebab ade lagi master2 yang mendahului carta gemuk..(najwa latif jangan dok wat lagu carta gemuk yer)...meh saksikan master2 tersebut

1- Carol Yadger

 

Wanita pertama  paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol  tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.


2- Jon Brower Minnoch
no.2 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
3-Manuel Uribe
no.3 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.
4- Walter Hudson
no.4 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.
5-Rosalie Bradford
no.5 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor. Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.

kan aku dah kate...aku tk gemuk mane pon...huhu